Sunday, January 24, 2010

Pelancaran Program Nilam 2010

22 Jan -Program nilam telah dilancarkan oleh Puan Hjh Naimah bt Abd Aziz selepas perhimpunan mingguan2. Program ini di bawah kendalian Pusat Sumber sekolah yg dikelola oleh Pn Zuhairah dan Pn. Noraishah Ibrahim. Adalah diharapkan minat membaca sentiasa dapat dipupuk sejak kecil lagi demi meningkatkan ilmu dan kemahiran.


Perkembangan staf 1

16 Jan 2010 - Program perkembangan staf telah diadakan di SRAI Sungai Manggis bagi menilai gerak kerja, perancangan dan strategi yang dirancang utk 2010 lebih baik dan cemerlang berbanding 2009 sama ada utk subjek UPSR dan PSRA. Istilah2 spt head count, ketam, GPS sekolah, strategi PNP, post mortem panitia yg sebenar dan spesifik dll adalah bertujuan meningkatkan prestasi sbg tanda komitmen yg bterusan pihak sekolah thadap pendidikan anak2 bangsa yg 100% melayu islam..





Friday, January 15, 2010

Perhimpunan Mingguan 1

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT..
Perhimpunan mingguan dapat dilaksanakan di dataran SRAISM selepas tertangguh minggu lepas akibat hujan..


Perhimpunan dimulai dengan penyusunan murid di dataran oleh ketua murid.. Ucapan "raf'an.." dan "nuzulan..." kedengaran.


Bacaan Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor rancak diiringi lagu serta penaikan bendera disaksikan semua warga SRAISM..


Ucapan Guru Besar Pn. Hajah Naimah bt Abd Aziz antara lain menyebut selamat datang kepada murid tahun satu dan semua murid ke sesi persekolahan 2010. Azam dan tekad baru dengan disiplin yang tinggi perlu untuk mencapai kejayaan.



Friday, January 8, 2010

Pendaftaran Taekwondo Dibuka

Perhatian !
Kepada Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka ke kelas Taekwondo bolehlah hadir ke sekolah pada:
Tarikh : 9 Januari 2010
Hari    : Sabtu
Masa  : 8.30am- 12.00pm
Tempat: Kantin Sekolah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...