Sunday, February 21, 2010

Petua Guru

Petua Guru...

Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk,

Kalau guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun,
Kalau guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat,

Kalau guru mengajar banyak bercakap,
Ada murid tambah gagap,

Kalau guru pemudahcara,
Ramai murid pandai berbicara,

Kalau guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan tahu murid lemah dan pandai,

Kalau guru tunggu diarah,
Semua kerja kena kerah,

Kalau guru kurang mengajar,
Dapatlah murid kurang ajar,

Kalau guru kurang merancang,
Di bilik darjah banyak temberang,

Kalau guru suka berdamping,
Semua murid dapat dibimbing,

Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang orang sepanjang masa.

• Guru Sepatutnya…..
Secara sedar menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang berbeza
mengikut potensi murid.
- Mempelbagaikan kaedah pembelajaran

• Guru Sepatutnya…..
1) Menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajarkan
2) Mengenal pasti potensi murid
3) Memberi latihan yang mencukupi dan mencabar
4) Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan
5) Bertindak sebagai pemudah cara dan bukan pemberi fakta
6) Mempelbagaikan aras soalan
7) Mahir memilih BBM yang sesuai

Wednesday, February 10, 2010

Ujian Prestasi Pertama (1)

Salam dari Setiausaha Peperiksaan (SUP):

Kepada semua guru matapelajaran:
1) Serah kertas soalan ke BOP setelah disemak oleh ketua panitia (15-19/2/2010)
2) Maklumat penuh dalam memo 1 yang telah diedarkan pada 1/2/2010

Kepada semua murid SRAISM:
1) Sila ambil perhatian: Ujian Prestasi (1) akan bermula pada 1-11/3/2010
2) Jadual akan diedar kemudian melalui guru kelas dan laman blog ini
3) Pastikan anda mengulangkaji pelajaran semasa cuti minggu hadapan

Semoga hari ini lebih cemerlang dari semalam dan esok lebih gemilang

Monday, February 8, 2010

Pemilihan Wakil sekolah

Info Ko-kurikulum:

Perhatian kepada semua jurulatih2 SRAISM yg melatih utk MSSD, Kamil dan Karnival SRAI N.Selangor.
Anda telah boleh memilih, melatih dan memohon peralatan yang diperlukan untuk latihan dan pertandingan tersebut. Latihan boleh dijalankan pada waktu yg dibenarkan sahaja dengan pengawasan jurulatih. Tahniah kepada pasukan bola jaring yg telah memulakan latihan awal, begitu juga bola baling, ping-pong, sepak takraw, badminton dan bola tampar.
Acara Amal Islami atau KAMIL juga diminta segera memilih dan melatih seberapa segera yg boleh samada untuk peringkat daerah atau negeri.





Pemeriksaan & Penjagaan Gigi

Jan-Feb 2010 : Unit Pergigian Pejabat Kesihatan Kuala Langat berada di SRAI Sungai Manggis sebagai rutin setiap tahun dalam membantu pihak sekolah dalam aspek kesihatan gigi. Unit ini ditempatkan di Makmal sains 2 bangunan baru sebagai lokasi menjalankan pemeriksaan dan penjagaan gigi murid-murid.
Pelbagai karenah dapat dilihat apabila pemeriksaan gigi dilakukan, antaranya takut la, seram sejuk la, nak demam la, menyorok kat tandas la, tak datang la. Itulah hal bagi mereka yang kurang menjaga gigi, suka makan gula-gula, kek coklat, tapi tak rajin gosok gigi. Rajinlah gosok gigi sekurang-kurangnya bila bangun dan hendak tidur. Gigi yang cantik aset yg berharga dan melahirkan senyuman yg menawan. Senyum kan sedekah.





Sunday, February 7, 2010

Kelas Tambahan Tahun 5 & 6

1 Feb- Kelas tambahan murid tahun 5 dan 6 telah bermula iaitu setiap hari isnin hingga khamis jam 4 hingga 5 petang. Bagi murid tahun enam tambahan kelas pada hari jumaat yang diajar oleh guru-guru pakar di daerah kuala langat bagi subjek akademik. Begitu juga pada hari sabtu kelas tambahan untuk murid tahun 6 diadakan.
Kelas tambahan diajar untuk semua subjek UPSR dan PSRA oleh guru matapelajaran sebagai nilai tambah pengajaran dan pembelajaran yang hakiki. Ia sebagai langkah meningkatkan prestasi akademik dan agama diluar waktu pnp. Latih tubi, teknik menjawab soalan, latihan soalan peperiksaan lepas dan sebagainya diaplikasikan kepada murid-murid mengikut tahap pencapaian gred mereka untuk dinilai, diperkasakan dan dipertingkatkan supaya lebih cemerlang.
Guru-guru pakar juga dijemput mengajar subjek seperti matematik, bahasa inggeris dan sains demi memberi maklumat dan infomasi terkini tentang subjek tersebut. Adalah diharapkan usaha ini mendapat kerjasama ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka setiap kali kelas tambahan ini demi kemajuan dan kejayaan bersama.

                                   

                                   



Thursday, February 4, 2010

Merentas Desa

3hb Feb- Aktiviti ko-kurikulum 2010 dimulakan dengan acara merentas desa peringkat sekolah. Ia sebagai langkah pengenalan trek laluan merentas desa dan persediaan pertandingan merentas desa peringkat sekolah yg dijangka akan dipertandingkan pada akhir bulan februari.

Merentas desa peringkat sekolah SRAI Sungai Manggis bermula dari dataran sekolah menuju ke taman bakti, melalui pintu hadapan SAMTTAR kemudian mengelilingi taman periang kembali melalui pintu hadapan SAMTTAR seterusnya mengelilingi taman bakti dan menuju ke taman awam sungai manggis dan mengelilingi padang awam dan kembali semula ke dataran sekolah. Dianggarkan trek menghampiri jarak 10 km.

Setiap checkpoint dipandu arah oleh 2 org guru bagi menjaga keselamatan murid dan memandu arah laluan trek. Beberapa kelemahan dikenalpasti dan akan diperbaiki semasa pertandingan sebenar diadakan. Tahniah kepada pengurus acara merentas desa iaitu ustaz hanif dan ustaz saiful tuah, semua guru dan murid-murid sama ada yang berjaya mendapat tempat yg awal atau yg akhir. Anda berjaya menamatkan satu latihan jasmani yg baik untuk kesihatan badan dan akal. Akal yg cerdas lahir dari badan yg cergas.







                                        

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...