Thursday, October 25, 2012

Kem Ilmu Tahun 6 2012

Pada Jumaat, 19 Oktober 2012 yang lalu, telah dijalankan satu program untuk murid tahun 6 2012. Program ini adalah salah satu aktiviti yang telah diatur oleh pihak sekolah bagi murid tahun 6 2012 selepas peperiksaan besar UPSR dan PSRA. 

Program dinamakan KEM ILMU TAHUN 6 2012 ini telah berlangsung selama 2 hari ( Jumaat & Sabtu, 19 & 20 Oktober 2012 ) di Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis.

Pelbagai slot telah dirancang seperti :
  • Penyembelihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Ceramah Motivasi
  • Burung Hantu
  • Explorace
Beberapa penceramah luar telah dijemput untuk melaksanakan slot-slot tertentu. Di harap program ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada murid tahun 6 2012.


Slot Penyembelihan



Ustaz Nazim tunjuk skill...

Teacher Mas .. "kiokla ayam ni.."


Slot Pengurusan Jenazah



Inna lillah....


Lunch Hour



sekadar gambar hiasan.. oopss! gambar betul lah ni


Slot Burung Hantu

Slot ini dijalankan pada 12 tengah malam hingga 2 pagi. Slot ini menguji keimanan , ketabahan , kecekalan , keberanian dan kepatuhan murid tahun 6 2012. Setiap murid akan ditutup matanya dengan kain yang telah dijampi serapah oleh seorang ustaz misteri. Kemudian setiap orang murid akan ditinggalkan keseorangan di dalam kegelapan malam tanpa peneman di sisi. Berbekalkan zikir munajat dan selawat ke atas junjungan, murid mengharungi keheningan malam dengan penuh keyakinan. Maka larutlah kepekatan malam itu dengan sahutan salam diselangi suara tangisan entah dari mana dan siulan burung hantu yang menggerunkan menjadi peneman buat murid tahun 6 2012. Tahniah buat mereka yang tabah. Bak kata Ustaz Hanif, " Kamu ini ego dan sombong kalau kamu tak mengaku kamu takut ".


kisah benar

ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian


Slot Explorace


sesi kopek nyior 

sesi telan roti

sesi komando

sesi terakhir : memasak bahan yang telah dikumpul

akhirnya, apa yang korang masak, itulah yang korang telan untuk makan tengahari


Foto-foto belakang tabir

tamat program, boleh bedal aiskrim pulak

bapa mithali ; bapak tidur, anak makan sorang-sorang

sesi mencekik sup tulang. Woi, licin da.. kitorang dapat sup aje!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...