Thursday, October 25, 2012

Kem Ilmu Tahun 6 2012

Pada Jumaat, 19 Oktober 2012 yang lalu, telah dijalankan satu program untuk murid tahun 6 2012. Program ini adalah salah satu aktiviti yang telah diatur oleh pihak sekolah bagi murid tahun 6 2012 selepas peperiksaan besar UPSR dan PSRA. 

Program dinamakan KEM ILMU TAHUN 6 2012 ini telah berlangsung selama 2 hari ( Jumaat & Sabtu, 19 & 20 Oktober 2012 ) di Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis.

Pelbagai slot telah dirancang seperti :
  • Penyembelihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Ceramah Motivasi
  • Burung Hantu
  • Explorace
Beberapa penceramah luar telah dijemput untuk melaksanakan slot-slot tertentu. Di harap program ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada murid tahun 6 2012.


Slot Penyembelihan



Ustaz Nazim tunjuk skill...

Teacher Mas .. "kiokla ayam ni.."


Slot Pengurusan Jenazah



Inna lillah....


Lunch Hour



sekadar gambar hiasan.. oopss! gambar betul lah ni


Slot Burung Hantu

Slot ini dijalankan pada 12 tengah malam hingga 2 pagi. Slot ini menguji keimanan , ketabahan , kecekalan , keberanian dan kepatuhan murid tahun 6 2012. Setiap murid akan ditutup matanya dengan kain yang telah dijampi serapah oleh seorang ustaz misteri. Kemudian setiap orang murid akan ditinggalkan keseorangan di dalam kegelapan malam tanpa peneman di sisi. Berbekalkan zikir munajat dan selawat ke atas junjungan, murid mengharungi keheningan malam dengan penuh keyakinan. Maka larutlah kepekatan malam itu dengan sahutan salam diselangi suara tangisan entah dari mana dan siulan burung hantu yang menggerunkan menjadi peneman buat murid tahun 6 2012. Tahniah buat mereka yang tabah. Bak kata Ustaz Hanif, " Kamu ini ego dan sombong kalau kamu tak mengaku kamu takut ".


kisah benar

ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian


Slot Explorace


sesi kopek nyior 

sesi telan roti

sesi komando

sesi terakhir : memasak bahan yang telah dikumpul

akhirnya, apa yang korang masak, itulah yang korang telan untuk makan tengahari


Foto-foto belakang tabir

tamat program, boleh bedal aiskrim pulak

bapa mithali ; bapak tidur, anak makan sorang-sorang

sesi mencekik sup tulang. Woi, licin da.. kitorang dapat sup aje!

Profil dan Info Sekolah 2013




  •     Nama Sekolah  : SRAI Sungai Manggis
  •     Nama Guru Besar  : Norhapizah Binti Mohd Yunus
  •     Gred Jawatan  : DGA34
  •     No. Pendaftaran  : Lama: 3J(2)07/115
  •      Baru: 4J(2)01/02
  •      Kod sekolah  : BYA 1001
  •     Alamat Sekolah  : Jalan Banting Klang
  •      Kampung  : Kampung Sg. Manggis
  •      Poskod  : 42700 Banting
  •      Daerah  : Kuala Langat
  •      Negeri  : Selangor Darul Ehsan
  •      No. Telefon  : +603-31813122
  •      No. Faks  : +603-31813122
  •      Email  : sraisgmanggis@gmail.com / sraism@gmail.com
  •      Blog  : sraisungaimanggis@blogspot.com
  •      Status Sekolah  : Negeri
  •     Tahun didirikan  : 1 Februari 1985
  •     Tahun didaftarkan  : 4 April 1991

Lokasi SRAI Sungai Manggis


Tahun 2013

Guru Besar
Norhafizah binti Mohd Yunus

GPK 1
Aslindawati binti Saian

GPK HEM
Hamidah binti Rahmat

GPK Kokurikulum
Norlaila binti Kabut

Guru Kualiti
Mohd Hanif bin Jamian

Penyelia Petang
Kamaliah binti Sidek


Guru Besar-Guru Besar terdahalu


GB Pertama

GB ke-2

GB ke-3

GB ke-4

GB ke-5

GB ke-6

GB ke-7


Misi dan Visi



Lencana Sekolah


Lagu Sekolah



Wednesday, October 24, 2012

Peraduan Teka Wajah

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Teka nama guru-guru ini!

Peraduan ini terbuka kepada semua murid SRAI Sungai Manggis. Syarat peraduan adalah mudah :

1. Anda adalah murid SRAI Sungai Manggis.
2. Sertakan nama penuh anda dan juga kelas.
3. Mengikut format yang ditetapkan.

Format menjawab peraduan ini adalah seperti berikut :

Gambar 1 - Cikgu ..............................................
Gambar 2 - Cikgu ..............................................
Gambar 3 - Cikgu ..............................................

Jawapan yang mengikut format di atas hendaklah diberikan di ruangan komen di bawah. Pemenang adalah ditentukan dengan peserta terpantas yang menjawab dengan tepat nama penuh guru-guru tersebut ( contoh : Cikgu Ali bin Abu / Cikgu Alia binti Abuya ).

Jika terdapat kesalahan ejaan, anda dikira salah. Pemenang peraduan ini akan mendapat hadiah misteri. Nama pemenang juga akan disiarkan di blog ini. Hadiah boleh dituntut daripada Cikgu Wadi atau Cikgu Shahrul.

Selamat berjaya!


Tuesday, October 23, 2012

Taklimat KSSR

Selasa
23 Oktober 2012

Satu taklimat diadakan untuk guru-guru kelas dan guru-guru akademik KSSR bagi mengisi maklumat prestasi murid mengikut band di dalam laman web http://sppbs.moe.gov.my/sppbs



Thursday, October 11, 2012

Lawatan ke Ladang Cendawan dan Ternakan Arnab


Encik Iswadi dan Encik Nazim

Encik Hanif serius

Gebu Encik Arnab

Tekun mendengar taklimat


"Macamla seram sangat"

Model F1

Penyediaan cendawan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...