Monday, October 25, 2010

Pendaftaran Murid Tahun 1-6 Aliran SRA di SRAI SM 2011

Pendaftaran murid tahun 1-6 aliran SRA sedang dibuka di SRAI Sg Manggis bermula 18 Oktober 2010 hingga 18 September 2010. Keperluan ini atas permintaan masyarakat Kampung Sg. Manggis dan kawasan sekitarnya. Walaubagaimanapun untuk murid tahun 2-6 aliran SRA ini hanya akan dibuka sekiranya mendapat pendaftaran 15 org keatas sahaja.. Permohonan boleh diajukan terus kepada pihak sekolah..

Minggu Khidmat Bakti Tahun 6

Okt- Murid-murid tahun 6 SRAISM menjalani aktiviti-aktiviti khidmat bakti selepas tamat peperiksaan UPSR, PSRA dan akhir tahun. Aktiviti ini bertujuan menceriakan kawasan sekolah dengan lukisan mural, kebersihan dan keceriaan dapat ditingkatkan.. Murid-murid melukis katakata semangat belajar, motivasi, sifir matematik, corak menarik dan sebagainya.. Semoga usaha ini dapat memupuk kasih dan sayangkan sekolah serta sebagai kenang-kengan di sekolah SRAISM murid tahun 6 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...