Monday, October 25, 2010

Pendaftaran Murid Tahun 1-6 Aliran SRA di SRAI SM 2011

Pendaftaran murid tahun 1-6 aliran SRA sedang dibuka di SRAI Sg Manggis bermula 18 Oktober 2010 hingga 18 September 2010. Keperluan ini atas permintaan masyarakat Kampung Sg. Manggis dan kawasan sekitarnya. Walaubagaimanapun untuk murid tahun 2-6 aliran SRA ini hanya akan dibuka sekiranya mendapat pendaftaran 15 org keatas sahaja.. Permohonan boleh diajukan terus kepada pihak sekolah..

Minggu Khidmat Bakti Tahun 6

Okt- Murid-murid tahun 6 SRAISM menjalani aktiviti-aktiviti khidmat bakti selepas tamat peperiksaan UPSR, PSRA dan akhir tahun. Aktiviti ini bertujuan menceriakan kawasan sekolah dengan lukisan mural, kebersihan dan keceriaan dapat ditingkatkan.. Murid-murid melukis katakata semangat belajar, motivasi, sifir matematik, corak menarik dan sebagainya.. Semoga usaha ini dapat memupuk kasih dan sayangkan sekolah serta sebagai kenang-kengan di sekolah SRAISM murid tahun 6 2010.

Wednesday, September 29, 2010

PSRA 2010


Selamat menduduki Peperiksaan PSRA 2010
30 September hingga 5 Oktober 2010
Moga diberi ketenangan fikiran, kesihatan badan, kekuatan ingatan, ketepatan jawapan..
Insya Allah kejayaan akan berada disisi anda semua..

Wednesday, September 22, 2010

Selamat Berjuang Murid SRAISM


Selamat Menjawab Kertas Peperiksaan UPSR 2010
Moga diberi kesihatan tubuh badan, akal fikiran yg mantap, emosi yg stabil dan kekuatan ingatan..
Moga kejayaan milik anda semua...
Gigih Iltizam Usaha + Tawakal = Kejayaan

Sunday, July 25, 2010

Minggu Peperiksaan Percubaan PSRA

Selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan PSRA 2010
Semoga berjaya dalam Peperiksaan Percubaan UPSR 2010
Perbaiki matapelajaran yg masih lemah/kurang memuaskan...
Usaha + Tawakal = Kejayaan

Tuesday, July 20, 2010

Senarai Nama Murid Tahun 1 2011

1-Nuriy Nazihah bt. Norhizam
2-Adam b. Anuar
3-Adam Hakimie b. Aszman
4-Farzana bt. Bahrodin
5-Nur Hanan bt. Yazid
6-Muhammad Arif Imran b. Mohd Syamsul Azhan
7-Irdina bt. Mohammad Zakir
8-Muhamad Syah Affendy b. A.Rahim
9-Nur Shaqiera bt. Mohammad Shahril
10-Nur Aisyah Umairah bt. Mohd Yazid
11-Muhmmad Arif Amsyar b. Mohd Syukri
12-Fikri b. Isa
13-Aleeya Najiha bt. Muhamad Ahwali
14-Mohd Thaqif b. Mohd Nawawi
15-Laila Safiah bt. Ahmad Zulfikri
16-Nur Dina Fakhirah b. Nurul Amin
17-Nur Zatirah bt. Zailan
18-Hamizatul Syifa' bt. Salleh
19-Fairuz Aina Najwa bt. Mohd Firdaus
20-Nur Balqis Umairah bt. Mohd Halim
21-Adriana bt. Ahmad Kamarudin
22-Kamaliah Anis bt. Kamarul Zaman
23-Damien Ezzuard b. Mustafidee
24-Harris Haikal b. Abd. Rahman
25-Muhammad Waiz Arpaaii
26-Nur Syarah bt. Roszainal
27-Hadzrul Hazwan b. Norhisam
28-Nur Fatin Adira bt. Khairrudin
29-Farah Alieya bt. Dzulkeplee
30-Azzim Muallif b. Abdul Aziz
31-Nurul Adila bt. Azami
32-Nuha Afifah bt. Islahudin
33-Nur Hidayah bt. Mohd Sobirin
34-Muhammad Faris b. Mohamad Adli
35-Sufi Madihah bt. Muhammad Nazri
36-Nur Adriana Qistina bt. Mohd Syazli
37-Farwizah Qistina Iyazi b. Md Fuzi
38-Nabil Jehan b. Rosman
39-Ummi Nur Amira b. Khasmadi
40-Nur Athirah Hazwani bt. Ali
41-Nur Ilma bt. Sharifhudin
42-Nur Damia Uzma bt. Ahmad Fadzly
43-Nurul Zahirah bt. Mohd Helmi
44-Muhammad Ilman b. Md. Rizal
45-Adrina Nadhirah bt. Affendy
46-Ain Najiha bt. Junaidi
47-Asraf Hafiz b. Fadil
48-Ahmad Hakimie b. Ahmad Razali
49-Mikhail Adam b. Jafrizin
50-Ashiqin Aziz
51-Elie Zulhelmy b. Azhari
52-Muhammad Haikal b. Ahmad
53-Julisa Nur Amiera bt. Jurainy
54-Nur Irdina bt. Roslan
55-Nik Syaza Syauqina bt. Yusfaizal
56-Muhammad Fahmi b. Fauzan
57-Muhammad Amir Faisal b. Shasunizam
58-Wan Anas Hazim b. Masry
59-Ammar Abdul Aziz b. Muhammad Izwan
60-Amir Abdul Aziz b. Muhammad Izwan
61-Nurul Huda bt. Sazali
62-Nureen Hanan bt. Ainuddin
63-Ainul Aishah bt. Mohd Badri
64-Muhammad Dzul Asyraf b. Md. Jamaludin
65-Muhammad Haziq b. Mohd Nasir
66-Muhammad Afirus Asyraf b. Muhamamad Firdaus
67-Khairil Danish b. Khairil Mustapa

Wednesday, June 2, 2010

Pemantauan SPAB oleh Unit Kurikulum BPI JAIS

2 Jun -Sekolah mengalu-alukan kehadiran Pegawai Kurikulum BPI JAIS al-Fadhil Ustaz Adeni Rolim dan Penyelia SRAI BPI JAIS al-Fadhil Ustaz Samuri Zan ke SRAI Sg. Manggis bagi tujuan pemantauan SPAB Strategi Pengurusan Akademik Berfokus.. Adalah diharapkan kerjasama erat sekolah dan BPI JAIS dapat menggalakkan percambahan minda, ilmu dan kemahiran demi peningkatan prestasi akademik murid dan sekolah.. Kami warga sekolah amat berbangga atas keperihatinan tuan-tuan pegawai utk hadir dan melihat perkembangan sekolah dan seluruh SRAI N. Selangor.

Wednesday, May 12, 2010

Diperkenan


Adalah dimaklumkan bahawa dengan ini diistiharkan setelah diperkenankan oleh setiausaha peperiksaan Pn Umi Ngesah bt Jayus dan disahkan oleh Pn Guru Besar Pn. Salizah bt Mashhuri bahawa tarikh melihat skrip kertas soalan  Peperiksaan Pertengahan Tahun telah ditetapkan pada tarikh 24 Mei hingga  2 Jun 2010.

Friday, May 7, 2010

Friday, April 16, 2010

Kamil zon Kuala Langat

10 April- Pertandingan Kamil peringkat zon Kuala Langat telah diadakan di SRA Sijangkang. SRAISM telah memenangi acara Nasyid Lelaki, Muhawarah Lelaki dan Hafazan Tafsiran. Serta naib Johan Nasyid Perempuan. Tahniah kepada para guru dan peserta yg terbabit. Moga lebih cemerlang di peringkat daerah dan negeri.

Wednesday, April 7, 2010

Karnival Sukan SRAI N. Selangor

3-4 April- SRAI Sg. Manggis telah menyertai Karnival Sukan SRAI N. Selangor atas wakil daerah Kuala Langat. Acara sukan spt Futsal, Bola Jaring, Bola Baling, Bola Tampar, Sepak Takraw dan Ping-pong.

Kuala Langat memenangi acara Ping-pong L, Naib Johan Bola Jaring dan ketiga Sepak Takraw...

Sunday, March 7, 2010

Ceramah Maulidur Rasul



6 Mac- Ceramah Maulidur Rasul 1431h telah diadakan bagi memperingati sejarah Rasulullah saw yg kita kasihi. Sambutan yg bertujuan sbg pendidikan kpd anak-anak tentunya sgt dituntut agama. Ceramah disampaikan oleh al-fadil ustaz Saipol Bahri bin Aspan.. Ceramah yg bersifat mesra kanak-kanak di sasarkan kepada semua murid tahun 1-6 dgn diadakan kuiz untuk semua darjah setelah maklumat disampaikan oleh al-fadhil ustaz. Soalan istimewa juga diberikan kepada yg menjawab tahun ini ulangtahun kelahiran Nabi saw yg ke berapa tahun (dlm hijrah). Soalan istimewa dgn hadiah special dr ustaz dimenangi oleh adik Robani yg menjawab 1484 tahun hijrah. (1431+40thn diangkat jadi rasul+13thn dakwah diMekah= 1484thn hijrah)

Rehlah Guru ke Langkawi 2010

Rehlah Guru-guru SRAISM telah diadakan sempena kecemerlangan dan peningkatan prestasi akademik sepanjang 2009. Antara pencapaian SRAISM ialah Anugerah sekolah terbaik PSRA dikalangan SRAI N. Selangor, Anugerah sekolah terbaik PSRA daerah Kuala Langat, Murid terbaik perempuan PSRA N. Selangor, Pasukan Ping-pong cemerlang dgn N.Johan (L) Terbuka K.Langat, Menghantar wakil Ping-pong ke MSSS di Shah Alam (Mohd. Damaian Fitri) dll.


Antara tempat menarik di Langkawi yg dilawati ialah, lawatan pulau dayang bunting, pulau beras basah, helang makan, cable car, makam mahsuri, kilang gamat, membeli belah di pekan kuah seperti di Ismail group.










Sunday, February 21, 2010

Petua Guru

Petua Guru...

Kalau guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk,

Kalau guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun,
Kalau guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat,

Kalau guru mengajar banyak bercakap,
Ada murid tambah gagap,

Kalau guru pemudahcara,
Ramai murid pandai berbicara,

Kalau guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan tahu murid lemah dan pandai,

Kalau guru tunggu diarah,
Semua kerja kena kerah,

Kalau guru kurang mengajar,
Dapatlah murid kurang ajar,

Kalau guru kurang merancang,
Di bilik darjah banyak temberang,

Kalau guru suka berdamping,
Semua murid dapat dibimbing,

Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang orang sepanjang masa.

• Guru Sepatutnya…..
Secara sedar menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang berbeza
mengikut potensi murid.
- Mempelbagaikan kaedah pembelajaran

• Guru Sepatutnya…..
1) Menguasai pengetahuan dalam bidang yang diajarkan
2) Mengenal pasti potensi murid
3) Memberi latihan yang mencukupi dan mencabar
4) Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan
5) Bertindak sebagai pemudah cara dan bukan pemberi fakta
6) Mempelbagaikan aras soalan
7) Mahir memilih BBM yang sesuai

Wednesday, February 10, 2010

Ujian Prestasi Pertama (1)

Salam dari Setiausaha Peperiksaan (SUP):

Kepada semua guru matapelajaran:
1) Serah kertas soalan ke BOP setelah disemak oleh ketua panitia (15-19/2/2010)
2) Maklumat penuh dalam memo 1 yang telah diedarkan pada 1/2/2010

Kepada semua murid SRAISM:
1) Sila ambil perhatian: Ujian Prestasi (1) akan bermula pada 1-11/3/2010
2) Jadual akan diedar kemudian melalui guru kelas dan laman blog ini
3) Pastikan anda mengulangkaji pelajaran semasa cuti minggu hadapan

Semoga hari ini lebih cemerlang dari semalam dan esok lebih gemilang

Monday, February 8, 2010

Pemilihan Wakil sekolah

Info Ko-kurikulum:

Perhatian kepada semua jurulatih2 SRAISM yg melatih utk MSSD, Kamil dan Karnival SRAI N.Selangor.
Anda telah boleh memilih, melatih dan memohon peralatan yang diperlukan untuk latihan dan pertandingan tersebut. Latihan boleh dijalankan pada waktu yg dibenarkan sahaja dengan pengawasan jurulatih. Tahniah kepada pasukan bola jaring yg telah memulakan latihan awal, begitu juga bola baling, ping-pong, sepak takraw, badminton dan bola tampar.
Acara Amal Islami atau KAMIL juga diminta segera memilih dan melatih seberapa segera yg boleh samada untuk peringkat daerah atau negeri.





Pemeriksaan & Penjagaan Gigi

Jan-Feb 2010 : Unit Pergigian Pejabat Kesihatan Kuala Langat berada di SRAI Sungai Manggis sebagai rutin setiap tahun dalam membantu pihak sekolah dalam aspek kesihatan gigi. Unit ini ditempatkan di Makmal sains 2 bangunan baru sebagai lokasi menjalankan pemeriksaan dan penjagaan gigi murid-murid.
Pelbagai karenah dapat dilihat apabila pemeriksaan gigi dilakukan, antaranya takut la, seram sejuk la, nak demam la, menyorok kat tandas la, tak datang la. Itulah hal bagi mereka yang kurang menjaga gigi, suka makan gula-gula, kek coklat, tapi tak rajin gosok gigi. Rajinlah gosok gigi sekurang-kurangnya bila bangun dan hendak tidur. Gigi yang cantik aset yg berharga dan melahirkan senyuman yg menawan. Senyum kan sedekah.





Sunday, February 7, 2010

Kelas Tambahan Tahun 5 & 6

1 Feb- Kelas tambahan murid tahun 5 dan 6 telah bermula iaitu setiap hari isnin hingga khamis jam 4 hingga 5 petang. Bagi murid tahun enam tambahan kelas pada hari jumaat yang diajar oleh guru-guru pakar di daerah kuala langat bagi subjek akademik. Begitu juga pada hari sabtu kelas tambahan untuk murid tahun 6 diadakan.
Kelas tambahan diajar untuk semua subjek UPSR dan PSRA oleh guru matapelajaran sebagai nilai tambah pengajaran dan pembelajaran yang hakiki. Ia sebagai langkah meningkatkan prestasi akademik dan agama diluar waktu pnp. Latih tubi, teknik menjawab soalan, latihan soalan peperiksaan lepas dan sebagainya diaplikasikan kepada murid-murid mengikut tahap pencapaian gred mereka untuk dinilai, diperkasakan dan dipertingkatkan supaya lebih cemerlang.
Guru-guru pakar juga dijemput mengajar subjek seperti matematik, bahasa inggeris dan sains demi memberi maklumat dan infomasi terkini tentang subjek tersebut. Adalah diharapkan usaha ini mendapat kerjasama ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka setiap kali kelas tambahan ini demi kemajuan dan kejayaan bersama.

                                   

                                   



Thursday, February 4, 2010

Merentas Desa

3hb Feb- Aktiviti ko-kurikulum 2010 dimulakan dengan acara merentas desa peringkat sekolah. Ia sebagai langkah pengenalan trek laluan merentas desa dan persediaan pertandingan merentas desa peringkat sekolah yg dijangka akan dipertandingkan pada akhir bulan februari.

Merentas desa peringkat sekolah SRAI Sungai Manggis bermula dari dataran sekolah menuju ke taman bakti, melalui pintu hadapan SAMTTAR kemudian mengelilingi taman periang kembali melalui pintu hadapan SAMTTAR seterusnya mengelilingi taman bakti dan menuju ke taman awam sungai manggis dan mengelilingi padang awam dan kembali semula ke dataran sekolah. Dianggarkan trek menghampiri jarak 10 km.

Setiap checkpoint dipandu arah oleh 2 org guru bagi menjaga keselamatan murid dan memandu arah laluan trek. Beberapa kelemahan dikenalpasti dan akan diperbaiki semasa pertandingan sebenar diadakan. Tahniah kepada pengurus acara merentas desa iaitu ustaz hanif dan ustaz saiful tuah, semua guru dan murid-murid sama ada yang berjaya mendapat tempat yg awal atau yg akhir. Anda berjaya menamatkan satu latihan jasmani yg baik untuk kesihatan badan dan akal. Akal yg cerdas lahir dari badan yg cergas.







                                        

Sunday, January 24, 2010

Pelancaran Program Nilam 2010

22 Jan -Program nilam telah dilancarkan oleh Puan Hjh Naimah bt Abd Aziz selepas perhimpunan mingguan2. Program ini di bawah kendalian Pusat Sumber sekolah yg dikelola oleh Pn Zuhairah dan Pn. Noraishah Ibrahim. Adalah diharapkan minat membaca sentiasa dapat dipupuk sejak kecil lagi demi meningkatkan ilmu dan kemahiran.


Perkembangan staf 1

16 Jan 2010 - Program perkembangan staf telah diadakan di SRAI Sungai Manggis bagi menilai gerak kerja, perancangan dan strategi yang dirancang utk 2010 lebih baik dan cemerlang berbanding 2009 sama ada utk subjek UPSR dan PSRA. Istilah2 spt head count, ketam, GPS sekolah, strategi PNP, post mortem panitia yg sebenar dan spesifik dll adalah bertujuan meningkatkan prestasi sbg tanda komitmen yg bterusan pihak sekolah thadap pendidikan anak2 bangsa yg 100% melayu islam..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...