Saturday, February 23, 2013

Terima kasih




Pihak Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Abdullah Sani ( Parlimen Kuala Langat ) dan Pusat Khidmat DUN Morib Tuan Hasnul Baharuddin merangkap YDP PIBG SRAI Sungai Manggis atas sumbangan 3 buah komputer baru.

Alhamdulillah

Pemilihan Olahraga dan KAMIL SRAI SM 2013





Bermula dari 11 Februari 2013, pemilihan untuk wakil sekolah dalam pelbagai acara dalam olahraga dan KAMIL telah giat dijalankan.

Bagi pemilihan olahraga, acara yang dipertandingkan adalah seperti :


  • 100 meter
  • 4 x 100 meter
  • Lontar peluru
  • Lompat jauh
  • Lari berpagar
  • dan lain-lain

Bagi acara KAMIL adalah seperti :

  • Pidato
  • Syarahan
  • Nasyid
  • Solat Jenazah
  • Kalam Jama'ie
  • Hafazan
  • Tilawah
  • Rawi dan Marhaban
  • dan lain-lain

Murid yang berminat untuk mencuba boleh bertanya kepada guru-guru yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Latihan akan dijalankan bila-bila masa yang diarahkan oleh guru terbabit. Nama yang terpilih akan dipaparkan di blog ini kelak.


Wednesday, February 20, 2013

Kemasukan Murid Tahun 1 SRAI Selangor 2014





MAKLUMAN DARI PENYELIA SRAI N. SELANGOR

Permohonan kemasukan murid Tahun 1 dibuka mulai 01 April hingga 30 April setiap tahun. Ibu bapa yang ingin mendaftar anak ke SRAI, sila berbuat demikian pada tarikh yang ditetapkan. 

------------- 
Syarat kemasukan Tahun 1 SRAI - Calon, Ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi kpd Ibu, bapa & anak kelahiran S'gor.
------------- 
* MUAT TURUN >> Borang pendaftaran kemasukan Murid Tahun 1 SRAI 
-------------
Pelbagai Informasi dan maklumat terkini juga boleh diperolehi dari laman BULETIN SRAI SELANGOR
* PAUTAN  > > Buletin SRAI Selangor


Friday, February 15, 2013

Program NILAM


Hari ini program NILAM dilancarkan. Semoga murid terus memupuk minat membaca buku. Insya Allah






Sunday, February 10, 2013

Gong Xi Fa Cai


Pihak blog SRAI SM mengucapkan selamat bercuti kepada warga SRAI SM bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Gong Xi Fa Cai !


Monday, February 4, 2013

Sambutan Maulidur Rasul SRAI SM 2013


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013
DEWAN & PADANG SRAI SG MANGGIS
1 FEBRUARI 2013

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAT


Beberapa acara telah dijalankan untuk sambutan Maulidur Rasul kali ini seperti :
  • Pertandingan Banner
  • Kuiz Maulidur Rasul 
  • Ceramah Maulidur Rasul
  • dan lain-lain


5 Usaha

Sessi ceramah Maulidur Rasul

5 Bestari

5 Gigih

Ceramah dari Ustaz Ismail Kabut

6 Gigih

4 Gigih

4 Usaha

1 Usaha

3 Gigih

4 Gigih

2 Usaha

1 Gigih

6 Usaha

Kuiz Maulidur Rasul

2 Gigih

6 Bestari

3 Usaha


Berikut adalah sedikit amanat dari pengarah program sempena Sambutan Maulidur Rasul yang telah dijalankan dengan jayanya.

Pihak blog SRAI SM mengucapkan jutaan tahniah kepada Ustazah Ramziah, para guru dan murid atas kejayaan program. Tahniah !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...