Saturday, August 24, 2013

Majlis Pelancaran Program Merdeka Raya 2013 dan Jamuan Hari Raya


1. Pada hari Sabtu, 24 Ogos, sempena sekolah ganti, SRAI Sungai Manggis telah melancarkan program Merdeka Raya 2013 di dataran perhimpunan SRAI Sungai Manggis.

2. Program akan berjalan dari 24 Ogos hingga ke 30 Ogos 2013.

3. Majlis pelancaran ini yang dipengerusikan oleh Cikgu Hanif, bermula dengan ucapan guru bertugas, Cikgu Kalsom seterusnya taklimat daripada Pengarah Program Merdeka Raya 2013, Cikgu Shahrul Imran. Kemudian majlis diteruskan dengan perasmian oleh GB, Pn. Norhafizah Yunus dan simbolik pelancaran bulan kemerdekaan oleh Guru Pusat Sumber, Pn. Aishah Ibrahim.

4. Majlis bersambung dengan sedikit tazkirah daripada En. Hanif mengenai erti kemerdekaan diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

5. Majlis ditutup pada pukul 9.30 pagi diikuti dengan persiapan Jamuan Hari Raya di kelas masing-masing.


Jamuan Raya sessi pagi


Cikgu Mas dan Cikgu Zaikah, kelas 1 Gigih

1 Usaha, Cikgu Zainaif

2 Gigih, kelas En Hanif

Cikgu Shahrul datang beraya

2 Usaha, kelas Cikgu Azizah

Cikgu Fawizah dan Cikgu Norhafiza, kelas 3 Usaha

Cikgu Zainora dan Cikgu Rohaida, kelas 3 Gigih

4 Gigih, Cikgu Rasimah & Cikgu Sulasiah

4 Usaha, mak dah takda, Cikgu Ramziah pergi Kajian Tindakan, tinggallah Cikgu Kalsom

5 Usaha, Cikgu Asmah

5 Gigih, bapak takda, Cikgu Iswadi pergi Kajian Tindakan, tinggal Cikgu Zulaili


Jamuan Raya sessi SRA, petang

Murid-murid tahun 1 Azam, 2 Azam dan 3 Azam, mendendangkan lagu raya, dikepalai Penyelia Petang Ustazah Kamaliah

Guru Kelas 2 Azam, Ustaz Shahrul

Jamuan di bilik guru SRA

Sebahagian hidangan

Guru kelas 3 Azam, Ustazah Hamidah ( kiri ) dan Ustazah Azlina ( kanan ) , guru kelas 1 Azam

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...